Sunday, October 17, 2010

edisi kisah silam - hari lahir

masa gua tingkatan dua gua memang pantang bila orang lupa hari jadi gua. gua sanggup bagi peringatan dekat member2 gua seminggu sebelum tarikh hari jadi gua. masa tu gua dah set dalam pale otak gua yang bila hari jadi tiba gua mesti dapat hadiah. sekurang2 nya gua mesti dapat myvi sebijik. ya. gua memang mengharap.

bila tiba hari jadi gua. gua bangun pagi tak lupa gosok gigi dan mengharap bila ke kelas ramai orang wish kat gua. yang paling penting awek2 hot wajib wish. sapa yang tak bagi hadiah, gua akan pandang tajam dan gua buat muka garang sambil acu pisau asah pensel dekat leher dia.

masa tu gua duduk asrama. gua ingat masa tu hari jadi gua hari jumaat. petang tu lepas gua main bola dengan jaringan hatrik gua naik dorm tingkat tiga dengan semangat bekobar-kobar nak bukak hadiah yang member2, gadis idaman, dan peminat gua bagi hadiah. hadiah pertama gua bukak, gua dapat jam lambang manchester united. cilake. hadiah kedua gua bukak gua dapat cokelat ketberi. ni mesti nak ngorat gua ni kata hati gua. pung pang pung pang sampai la hadiah terakhir gua bukak. dalam tu cuma ada sehelai kain yang siap disulam nama gua dengan kaler pink. dan sekeping kad yang tertulis 'selamat hari jadi semuga panjang umur dan berjaya dunia akhirat'. ha? macam tu je? gua buang.

pon pon pon!! "lem, ayah awak datang!" suara garau warden gua dengar dari tingkat bawah. bapak gua memang ada janji nak bawak gua balik rumah nak sambut hari jadi dekat rumah.

sampai rumah gua tengok macam tak ada apa2 berlaku. gua masih tenang. gua rasa masa tu mesti ada seprais! siap mandi. mak gua sound. "dek, pakai baju melayu!". gua bertindak mengikut arahan. jam 9 malam abang gua muncul dengan isteri serta anak2nya. kami mula berkumpul.

dan bermulalah episod yang gua tak kan lupa sampai bila2..

abang gua setat baca doa selamat. masa tu gua tekejut. gua tersentap dengan bacaan doa abang gua yang syahdu. habis doa seluruh keluarga gua nyanyi "allah selamatkan kamu allah selamatkan kamu allah selamat kan adek halim allah selamat kan kamu.." masa tu air mata gua mula nak mengalir. masa tu la gua mula mempersoalkan diri gua. gua tersedar bahawa doa dan ucapan dari keluarga, sahabat handai adalah hadiah paling berharga dari sebuah kereta myvi mahupun mesdis ataupun ciuman dari kekasih hati. haram tu.

lepas makan tom yam yang mak gua masak. gua cepat2 masuk bilek dan terus cari kain sulaman nama dan kad berisi ucapan yang gua dapat tadi. gua nak cek sapa yang bagi. malangnya dia hanya tulis 'dari hamba allah yang selalu mengingatimu'. time tu memang gua terharu. sampai sekarang gua simpan. gua harap kesedaran gua ni tidak membuatkan gua lupa betapa berharganya doa atau sekadar ucapan 'selamat hari lahir'. gua bersyukur.

tapi tahun ni hari jadi gua ada orang belanja makan dekat sikret resipi. takkan gua nak cakap 'cukuplah sekadar ucapan wahai teman'.

gua suke sangat2 bila siti nurhaliza ingat besday gua. terima kasih dato'.

Thursday, October 14, 2010

cinta? layakkah anda?

hati dan perasaan kita siapa tahu? ya. tiada siapa tahu melainkanNYA. apa itu cinta? cinta itu buta, sebab itulah ia meraba-raba. pernahkan anda bercinta? ya? tidak? selalu? atau cinta makanan anda? kenapa gua nak cerita pasal cinta? sebab ini blog gua. siapa sebenarnya yang layak bercinta ni. gua pun tertanya-tanya. gua bukan hebat pun pasal cinta2 ni. tapi pengalaman kene ngorat dengan nora danish tu ada la. oke gua stori.

cinta pertama gua mase gua darjah satu. ya. darjah satu. cikgu2 kata kat gua yang gua ni antara pelajar yang paling cute dekat sekolah gua masa tu. kalau tanding peringkat daerah boleh menang pegi wakil peringkat negeri. cikgu gua yang kata la. gua memang syok habis dekat sorang minah ni. taik lalat dia yang buat jantung gua berdegup kencang seperti kenderaan yang mau perang. bila dia senyum gua terus rebah. gua pun tak tau apasal. time ni gua rasa gua paling berani dekat alam semesta. satu hari tu time rehat. gua pergi taman sains gua petik bunga yang lawa2. tanpa segan silu. "nah! khas untuk dinda" gua cakap sambil hulur bunga yang gua petik tadi sambil angkat2 kening. dia ambik, senyum pas tu dia bisik manja kat telinga gua. "balik ni, kanda siap2 minang dinda ya!". oke. yang tang minang tu gua tipu.

tapi..macam drama2 yang dalam tb tu jugak. wajib ada orang jahat yang sengaja nak rampas kebahagiaan gua. yang gua ingat masa tu kelas bm, cikgu tengah cerita pasal burung yang nak minum air tapi kene isi batu dulu dalam botol tu. gua lupa tajuknya. orang jahat yang sakit hati dengan gua tu ada cara dia sendiri nak rampas kekasih gua tu. sedang beria cikgu mengajar tiba2 orang jahat tu menjerit "zakiah!! aku cinta padamu!!!". satu kelas tepuk tangan bersorak dekat si penjahat tu. gua pejam mata sambil selawat 3 kali dan buat muka ganas. semua budak terus diam. gua panas. gua tau dia memang cari pasal dengan gua. gua pandang tajam dekat penjahat tu. dia punya muka selamba macam pakai pendinding rimau gua syak

5 tahun gua simpan perasaan dan gua rasa dah tiba masanya untuk gua terus terang dengan zakiah. gua memang yakin memang ini lah masanya yang paling sesuai untuk buktikan kelakian gua. gua dah ikut segala nasihat sahabat handai. masa tu gua pun dah sunat. abah gua kata kalau kau nak kawen kau kene sunat dulu. gua ikot kata2 bapak gua. masa tu baru lepas habis upsr. gua plan lepas rehat gua ingat nak terus terang dengan dia. gua dah ada bekap plan. agak2 gua rasa gagap2 nak cakap, gua dah siapkan surat cinta siap cecah bedak dalam kertas lagi sebagai peganti.

tiba2.."lem, zakiah nak jumpa kau lepas rehat ni" tegur member gua. gua bagi 50 sen sebagai upah, dia blah. gua hepi sampai gua siap nyanyi lagu ahmad jais sampai habis kuat2. oke. gua dah mula peluh2. gua pergi tandas siap2 pakai bedak, sikat rambut dan tak lupa gua kencing dulu. takut2 tekencet pula bila jumpa zakiah.

kriiiiiiiiiiiiiiiingg!! loceng berbunyi menandakan waktu rehat kedua habis. jantung gua mula berdegup kencang. aliran darah gua mula tak konsisten. last gua rasa macam ni time dalam kereta bapak gua. masa tu bapak gua bawak gua pergi sunat. dari belakang gua dah mula nampak kelentikkan badan zakiah yang berjalan datang dekat tempat gua duduk. gua buat macam biasa2 je. gua cool buat gaya muka aaron aziz. gua tunggu dia tegur.

"hai alem. zakiah duduk sebelah bole?". "eh, zakiah. bole2, duduklah. tak kene saman pun". gua balas dengan lawak bodo. "tadi kawan alem kata zakiah nak jumpa alem eh? ada apa ek?" tambah gua buat2 macam tak tau apa yang berlaku. gua agak dia pun sama nak luahkan perasaan kat gua. time tu gua punya senyum memang lain macam. tinggal tutup lampu je setel gua rasa

"ya. zakiah ada benda penting nak bagitau ni". "ya, apa dia zakiah? jangan la malu2 bagitau je. alem pun ada benda nak bagitau zakiah ni". balas gua yakin. "yeke? ha. alem cakap la dulu apa yang alem nak bagitau tu". "eh, zakiah la dulu. kalau tak alem merajuk tau". gua balas sambil gentel2 pemadam. "hehe. yela2. sebenarnya... erm.. zakiah nak kita kawan macam biasa je bole? zakiah segan la alem, lagipun kita masih muda kan? zakiah rasa belum masanya lagi kita nak bercinta". gedebabbb!!! gua rasa seluruh badan gua macam kene hempap tong gas, batu besar dan jin. gua kaku, diam dan gua tahan nangis.


"hehe. yela2. sebenarnya... erm.. zakiah nak kita kawan macam biasa je bole? zakiah segan la alem, lagipun kita masih muda kan? zakiah rasa belum masanya lagi kita nak bercinta"

depan zakiah tak kan gua nak nangis. gua kene tabah. inilah orang kata dugaan. gua cepat2 sorok bunga ros dengan surat cinta yang gua pegang dalam meja. "ha! benda yang sama tu la alem nak bagitau zakiah!" jerit gua kuat sambil ketuk meja pakai kepala gua. satu kelas pandang gua pelik. macam biasa gua selawat banyak2. saat tu, hanya gua dan tuhan je yang tau perasaan gua macam mana. gua rasa nak lari kat tengah2 padang dan jerit macam orang kene sampuk. tapi gua tenang.

nasihat gua. tidak salah mempunyai perasaan atau ada hati dekat seseorang. ya. tidak salah sama sekali. tapi jika anda inginkan atau go to the next level fikir2 kan lah. adakah sesuai masanya? adakah anda bersedia untuk jadi setia? adakah anda mampu menunaikan 1001 janji yang mungkin anda mungkiri? adakah anda bersedia melangsungkan perkahwinan yang menelan kos yang tinggi jika pasangan anda seorang angkasawan atau doktor? adakah anda betul2 seorang lelaki atau perempuan? sesungguhnya setia cintakan kepada yang maha Esa itu adalah yang benar2 harus kita kejar.

nama di atas telah di ubah atas tujuan menjaga hati dan perasaan dan menjaga nama baik yang mereka yang terlibat. 

Tuesday, October 12, 2010

peperiksaan akhir


final exam bagaikan malapetaka bagi sesetengah pelajar. kerana apa. kerana bagi pelajar yang rajin ponteng kelas dan selalu lambat hantar tugasan yang diberi adalah penyumbang besar faktor untuk mereka mengatakan peperiksaan akhir ini adalah bencana alam yang memang tak dapat mereka elak. tapi lain bagi anak-anak orang kaya. hulur sikit keputusan mesti gempak. kadang2  tak payah pakai duit pun. tapi gua yakin tak semua yang macam tu. sekarang gua memahami rasuah ni bukan satu gejala tapi satu budaya. gejala rasuah ni tak asing lagi dalam sketsa kehidupan kita. apasal ayat gua akhir-akhir ni macam bentang laporan dalam dewan parlimen? gua tak heran sebab dalam list cita-cita gua memang ada niat nak jadi YB tapi tu pilihan nombo lapan la. gua bukan nak cerita pasal rasuah. apa yang gua nak cerita ni adalah keadaan atau situasi ketika menunggu peperiksaan akhir tiba. pengalaman gua sebagai seorang pelajar dalam kisah2 final exam ni cuma ada 4 buat setakat ni.

UPSR. time gua darjah enam sama la macam lu orang amik upsr. time tu gua baik. lepas balik sekolah gua memang terus balik rumah. tengah hari tu gua siap2 pergi kelas tambahan pulak. masa tu seminggu lagi nak setat periksa. gua dah mula gelabah. aktiviti malam gua adalah makan nasi, ulangkaji pelajaran, tengok resling dengan bapak gua lepas tu terus tido. sekarang lain. budak2 sekarang balik sekolah terus pergi cc. balik lewat petang, makan nasi lepas tu kayuh basikal laju2 pergi cc semula.

PMR. time ni gua masih keadaan baik lagi. pergi kelas pun pakai songkok. tapi pernah la jugak kadang2 lari2 dengan ustazah yang ngajor bahasa arab sampai ustazah tu nangis tengok gua punya perangai. sebulan lagi nak periksa sekolah dah setat sibuk buat seminar. sebagai pelajar yang berdedikasi gua tak pernah miss segala jadah seminar, kem motibasi, ceramah dari pelakon2 terkenal dan sebagainya. sekarang lain. budak2 sekarang sebelum pmr dah setat plan cuti2 malaysia. plan kat mana nak sambut hari merdeka bagi mereka.

SPM. ha. time ni gua dah setat hensem. sebelum ni bukan tak hensem cuma orang kata kurang seri la. cara gua berpakaian pun dah lain. seluar bawah kecik, tali pinggang ada lambang arsenal dan yang paling penting kene londehkan sikit seluar tu. baru nampak setail. rambut pun dah pacak2. tapi gua tetap dengan prinsip gua. 'katakan tidak kepada gincu sebelum ke kelas!' time ni memang ramai budak lelaki sibuk beli ape jadah namanya tu, lipais. orang kata lembabkan bibir. tapi gua tengok macam saja2 je. lembabkan pale otak ada la. sebulan sebelum periksa macam biasa ada seminar, kem, ceramah. kali ni gua ada miss. sebab, biasala malam tido lewat sebab awek gua yang nombo 3 dengan 7 merajuk je memanjang. tapi gua tak lupa nak ulangkaji. sekarang lain. budak2 sekarang sebelum spm dah sibuk2 pikir pasal kawen. yang dah kawen belum nikah pun ramai jugak gua perhati.

MENARA GADING. dengan keputusan spm gua yang sedang2 gua dapat la jugak merasa belajar dalam universiti. gua terus kepada masa nak exam. sebelum exam macam biasa pelajar2 masih relax. dah dekat exam pun macam biasa bole relax lagi santai2 gitu. 3 hari nak exam pun masih macam tak ada pape yang akan berlaku. pergi melaka tengok wayang 3 kali seminggu bukan perkara kecik. sehari sebelum periksa. ha. ni luar biasa. semangat nak ulangkaji ni lain macam. stadi macam nak terima saka pun ada gua tengok.

begitulah realitinya..

Monday, October 11, 2010

keikhlasan


berkata tentang keikhlasan gua memahami perkataan indah tersebut dengan penuh teliti. mengikut wikipedia "ikhlas merupakan sebuah sinetron ramadhan yang telah ditayangkan oleh SCTV pada ramadhan tahun 2004 dan ditayangan semula pada ramadhan tahun 2005 di trans tv. di malaysia, sinetron ini telah ditayangkan di astro ria pada tahun 2004". cilake. lain gua cari lain yang dapat.

kita kembali kepada maksud sebenar ikhlas dengan lebih serius. ikhlas dengan lebih tepat atau sedap didengar bermaksud jujur, rela hati, atau menolong tanpa mengharapkan balasan. pemahaman gua sama dengan pemahaman kamus dewan edisi keempat.

persoalannya, adakah kita benar2 memahami dan mempraktikkan adegan2 keikhlasan dalam hidup kita dengan benar2 ikhlas? ayat apa gua tulis ni? oke. gua sebenarnya tengah belajar menjadi manusia yang betul2 ikhlas dalam melakukan apa jua perkara. kenapa baru sekarang? sebab gua sedar selama ni gua tak ikhlas dalam banyak perkara.

contoh yang paling dekat dalam hidup gua dalam kes2 ikhlas ni adalah perniagaan. gua pernah terai cebur dalam bidang perniagaan. gua berniaga crocs. apa? muka kacak macam gua ni takkan nak berniaga anak ayam pulak. masa tu crocs memang tengah hot. kadang2 gua tengok orang nak pergi noreh kat kebun pun dah mula pakai crocs.

berniaga ni tak bole tamak. gua punya bisnes fail sebab menatang tamak tu la. gua makap gila babi sampai gua rasa gua puas hati. keputusannya sale tak bagus. tapi ada yang terjual. bila gua pikir2 balik gua tak patut buat macam ni. sepatutnya niat gua kene betul. masa tu gua pikir berniaga ni untung. memang untung tapi dengan cara gua macam tu gua memang gua silap besar. sepatutnya gua kene pikir yang selain untung gua juga sebenarnya mesti niat nak tolong orang.

sesungguhnya orang yang benar2 ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara akan mendapat ganjaran yang baik. gua insaf.

gua saja letak gambar brader berbadan sihat tu terbang sebab gua suka tengok. orang kata entri takde gambo ni membosankan.

sinetron - lagenda budak syaiton 3

"kasya!!!!!!!!!!!!!!!!!" pekik maknya. "ya mak, ada apa?" jawab kasya sambil menyikat bulu kucingnya. "tolong mak belikan santan ya nak". "ala..abah kan ada! kasya penat la mak". "penat buat apa sayang. dari tadi mak tengok kau asyik belek gambar si eton tu je". "alaaa..suruh je la abah tu! kasya tengok abah tu asyik tengok crita mantera je dari semalam". "hoi2! pergi kedai cepat! aku cokslam ko kang, nak??!" abahnya menyelah sambil pegang pisau toreh. "yela2". kasya tunduk lalu pergi.

dalam perjalanan balik dari kedai janda piah..

"cilake punya santan, sebab kaulah aku terbantut nak feeling2 dengan eton" ngomel kasya sambil me nyepak2 plastik santan. "woooooossshh" kedengaran angin seperti ada yang mengekori kasya. "sapa tu! jangan main2 dengan aku. aku ada ilmu hitam ni" kasya gertak bersahaja.."kaaaassssyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" sayup2 suara merdu kedengaran seperti seorang perempuan dewasa memanggil kasya.

Friday, October 8, 2010

masalah negara hari ini

dewasa ini, masalah sosial oleh golongan remaja semakin hebat diperkatakan. antaranya, lari rumah, buang bayi, berdua2 duaan tanpa mengajak adik menjadi teman, gaduh, klabing, ngisap dadah, benci polis, makan nasi tanpa basuh tangan, seks bebas, seks tidak bebas. apakah yang sebenarnya berlaku? adakah mereka meng'create' masalah2 tersebut dengan tujuan suka2, pengaruh kawan, atau di santau sendiri oleh kekasih lama?

siapakah yang bersalah dalam hal ini? ibu bapa? sahabat handai? kekasih? jiran? tok bomoh? bangfes? apasal gua kene pikir semua ini. kerana apa, kerana sebagai rakyat yang prihatin dengan keadaan sekiling gua seharusnya mengambil tahu keadaan yang berlaku. gua seharusnya bertanggungjawab. apa? gua kene sound dengan tuan rumah sebab buang sampah merata tepi rumah tu belakang cerita.

gua berpeluang menginteviu mereka2 yang bertuah. ikuti perbualan gua

lelaki macho (lm)
gua: maaf cik, cik free x?
lm: tidak, harga diri gua rm5000
gua: pandai lu bergurau, gua ada soalan
lm: oke, jangan buang masa gua
gua: umur lu 15 kan? apasal berhenti sekola?
lm: bosan, cekgu mara2 gua kalau gua kecikkan seluar. gua xbole trima
gua: lu bukan xtau, cekgu lu nak lu berdisiplin, kemas dan nampak lebih berwawasan.
lm: tuuuuih! ingat gua makan nasehat lu?
gua: oke. (sambil buat tumbukkan padu tepat ke dada lelaki tersebut)

cikgu. kaulah pelita dikala aku dalam kegelapan. dikaulah yang sentiasa sabar melayan kerenah ku. bila..stop. maap, gua memang macam ni. bila sedih gua bersajak. adakah cikgu yang tegas ini harus dipersalahkah dan telah menyebabkan si lelaki macho tadi berhenti sekolah? tidak. sebab..nanti gua tanya cikgu sebab apa.

cik adik manis (cam)
gua: hai
cam: hai (sambil selak rambut)
gua: saya dapat tahu yang cik adik ni baru lepas kahwin, betul?
cam: ya saya. boleh saya bantu?
gua: cik adik baru tingkatan 5 bukan? kenapa awal mendirikan rumah tangga? paksaan keluarga? xtahan? suka2? kene nasi kangkang?
cam: err..sebenarnya saya..
gua: oke xpa, saya paham.

gua blah tapi dia tahan gua mintak no telepon. macam biasa gua xlayan. kene tangkap basah. masyarakat kita sebenarnya masih tidak ambil kesah tentang kes2 cenggini. adakah salah ibu bapa yang membiarkan anak2 mereka keluar malam sesuka hati? adakah salah anak yang menipu ibu bapa yang katanya hendak pergi tuisyen tapi hakikatnya pergi ke klabing bersama sahabat handai dan boipren tersayang? mari kita pikir sejenak...

lu orang pikir ke tidak??

lelaki dewasa selekeh (lds)
gua: oi2. bangun jap.
lds: ha. apahal bro? lu ada barang ke?
gua: abah kau. gua nak inteviu ni.
lds: ha?! ada kamera x? kalau ada gua lari. mak gua nampak habis gua kene tibai.
gua: xda sapa nampak. yang maha kuasa aje nampak.
lds: oke2. lu nak apa?
gua: soalan gua. lu ngisap dadah eh?
lds: suka2 lu je tuduh gua bukan2. gua cucuk lu pakai jarum ni kang!
gua: nah ambik 10 ringgit beli nasi buat makan.
lds: tenkiu der. (sambil ketawa jahat)

terbiar. tidak terurus. tidak hensem. adakah kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab sanggup membiarkan insan sebegini selamanya? sori. ayat ni gua rekod time gua dengar ceramah kempen pilihanraya. apakah nasib lelaki tersebut pada masa akan datang? adakah dengan cara hidupnya sebegitu membantu beliau menjadi the next mahathir? the next mawi? the next pensyarah uitm?

kesimpulannya, gua harap perkara2 BIASA yang telah gua hujahkan tadi dijadikan sebagai perkara2 LUAR BIASA kepada lu orang. kita jangan hanya memikirkan cara mengelakkan perkara seperti ini berlaku, malah kita juga seharusnya memikirkan cara bagaimana membantu mereka sekiranya ada yang terlanjur melakukan perbuatan sedemikian.

lagi satu harapan gua. gua harap esei yang gua buat ni dapat masuk majalah mangga dengan cover depan majalah gambar gua tengah pegang senapang m16 siap ada 3 calit dekat lengan baru setail! oke. gua nak sambung baca novel.

Thursday, October 7, 2010

sinetron - lagenda budak syaiton 2

kasya tidak seperti kanak-kanak lain. dia bukan cacat atau tidak normal atau tidak hensem. dia pergi kesekolah hanya berbekal kan sebatang pensel serta sehelai buku tulis. kemiskinan bukan lagi halangan bagi kasya untuk terus belajar dan belajar. tapi..

"gua nampak lu lagi sekali kacau gadis idaman gua memang lu punya diari hidup pendek!". itulah kasya. setiap hari tidak terlepas membuat hal di sekolah. antara kesalah2 yang kerap kasya lakukan adalah tarik tudung pelajar perempuan, bermain mata dengan cikgu paling hot, ponteng kelas, letak gula2 hacks dekat cermin guru besar, lemaskan kucing dan banyak lagi. tiada seorang pelajar pun yang ingin berkawan dengan kasya kerana perangai gampangnya sebegitu rupa.

tetapi..dia mempunyai sahabat baik yang bernama.. "kasya, amacam petang ni? jadi xnak rembat durian kebun tok kamal?". ya, itu dia z atau nama panjangnya zig zag bin jumaat. mereka berdua memang tidak asing lagi dalam kampung. antara perangai2 jahat yang z pernah buat adalah pancitkan tayar motor abahnya, curi beteri remote kontrol, ke sekolah dengan tidak memakai seluar dalam dan berjalan tidak berbaju.

Wednesday, October 6, 2010

sinetron - lagenda budak syaiton 1

jam 10 malam."cepat mann!!" jerit maknya sambil menenangkan zakiah yang sedang menahan sakit. zakiah nampak gementar kerana ini pengalaman pertama dia merasai kesakitan melahirkan anak selepas 7 tahun berumahtangga.

azman berlari mendapatkan kunci mangga basikalnya. "jangan lupa bagitau mak mertua kau man!" sound maknya tenang. tidak sempat azman menyarung selipar beliau terus mengayuh basikal tuanya ke rumah mak mertua yang tidak jauh dari rumahnya. "mak! zakiah dah nak bersalin! bye!". azman meneruskan kayuhan deras pergi ke rumah bidan mak jah.

"mak jah!". pekik azman. "sapa pulak kacau aku nih! baru nak layan muvi. siapa tu?". "saya man anak arwah pak zaki". jawab azman tercungap cungap. "hah, apahal? gelabah macam kene kejar zombi aku tengok". mak jah gurau bersahaja. "bini saya nak bersalin tu. cepat mak jah!". "ya aku datang sekarang, bagi aku logout pesbuk dulu."

arggggggghhhhh!!!!! reaksi zakiah menahan sakit yang teramat. "kau rilex zakiah, pelan2 kayuh. jangan gelabah oke?". kata mak jah sambil mengeluarkan perkakas khas bagi kes2 bersalin. "mak jah kira ya, 1..2..3!!! teran!".

uwek uweek uweeeek!!. maka lahirlah bayi lelaki comel yang telah azman dan zakiah rancang untuk menamakan AKASYA. atau nama panjangnya Peter Bedul Akasya Bin Azman.

Friday, October 1, 2010

edisi kisah silam - permainan dahulu kala

gua ada cerita. permainan zaman 'biyen' kata bapak gua.

baling selipar
"ueeeekkk ueeeeeekkk ueeeeekkk!!" tangisan manja sahabat gua pada tahun 90-an. "sudahlah adin, jangan menangis lagi ya" gua pujuk dengan eklas. "biasalah kalah menang adat pertandingan" tambah gua dengan yakin. "senang je ko cakap, aku sedih tau tak tim kita kalah" dia berkata sambil mengutip selipar yang dia dah baling jauh. "memang la senang cakap pakai mulut, habis lu nak gua cakap pakai kaki ke nasihat lu?" sound gua tenang. adin diam sambil tunduk bersalah. permainan baling seliapar ni memang pebret gua dari kecik. cuma kalau gua nak main sekarang ni takut orang tuduh gua bela bunian pulak.

belon acah
"hah kena!" pekik usop pada gua. "mana kena, kalau kena gua dapat rasa" balas gua gagah. "aku dapat capai baju kau la tadi" jawab usop sambil buat gaya statik pergerakan terakhir dia sebelum kami mula bertengkar. "sudahlah alim, mengalah je la" pujuk amin. "dah kalah tu kalah je la" nyampuk aidil sambil cekak pinggang. "pantang datuk nenek moyang gua mengalah sebelum naik court!" gua garang sambil buka langkah. "oke kita repeat balik esok petang, sapa kalah kena belanja jajan kedai kirin. amacam?" cadang si usop. gua ngangguk sambil jeling tajam dekat musuh2 gua. "kau gila ke lim, esok kompom kalah do" kata adin pada gua. "kan gua dah pesan pantang datuk nenek mo............" "masalahnya aku ngan amin ada fangsyen kat sekolah petang esok". adin menyelah. "cilake!". balas gua sambil lari laju2 dan jelir lidah dekat musuh2 gua tanda protes. esok petangnya gua xkeluar rumah.

teng teng
"kkkkkkkrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr" bunyi sentuhan ukiran petak2 atas pasir. "adin mana?" tanya amin pada gua. gua letak kayu dan duduk bawah pokok kelapa sambil berkata "entah, gua rasa mak dia xbagi keluar rumah sebab semalam dia balik rumah baju koyak2". "Oo" balas amin sambil ketawa kecil. "wooi, tunggu aku" jerit adin sambil lari2 tengok belakang. "apasal lu lari buruk macam tu?". tanya gua kental. "takot mak aku nampak". adin jawab sempoi. "dah2 lu orang g cari gundu masing2, gua macam biasa gua guna ketulan mozek kecil jadi gundu gua". habis main teng teng macam biasa beli askem rumah aidil. pebret gua askem perisa tehbeng. mantap.

ram ram pit
"gedebuuk!" bunyi adin tersungkur kerana kakinya tersangkut akar pokok rambutan ketika dikejar usop. "kui kui kui" gua gelak sopan depan dia. "huh!" dia xcakap banyak macam biasa dia terus balik ngadu kat mak dia. game ni memang banyak berlari. nak main game ni fizikal, mental kene mantap. kalau lari 100 meter 10 saat lu orang jangan mimpi nak main ram ram pit dengan gua. at least kelayakan nak main dengan budak2 gua lu orang kene capai 9.33 saat 100 meter.

game2 yang gua senaraikan kat atas semuanya permainan zaman gua 'hot' dulu. kalau lu orang xtau permainan2 tersebut lu orang rugi. gua bersyukur sebab dapat merasa. gua tengok zaman sekarang budak2 jauh beza dengan zaman budak2 gua. sekarang kalau nak main apa2 game kene guna duit. kalau xdapat mula la nanges2 sambil buat muka mintak kene ong bak. dulu gua nak mintak beli game tape je kene seminggu jadi anak soleh tulen dan buat kerja rumah seperti sapu sampah, cabut uban bapak gua, cuci pinggan dan xlupa siram pokok mak gua pagi petang. budak sekarang baru tunjuk muka nak nanges 'pling!' PS3 depan mata, 'pling!' xbok depan mata, 'pling!' awek hot depan mata. kadang2 gua ada ajak budak2 kecik zaman sekarang main ram ram pit tapi dia orang jawab "xnak la bang, kotor, penat nanti. lagipon petang ni mak ayah kiteorang nak bawak kiteorang g disnilend". gua senyum dan teros gua tulis blog.