Wednesday, May 25, 2011

alhamdulillah..

gua nak setori, kesah yang gua nak cerita ni ala2 drama malayu. kalau gua hantar kat finas masuk pawagam dia punya rating saing2 dengan nur kasih la. apa? hingat gua ni kaki sembang ke.

cerita ni adalah dari saudara gua yang terdekat la. ni cerita time dorang sms. biasa la remaja, bercinta kalau tak main sms bukan trend skang. kalau tak sms nanti kata ada pompan lain, nanti dituduh gay la. tak gitu?

smsnya lebih kurang macam gini la..

bieber : awak dah makan

salmah : belum

bieber : kenapa?

salmah : beras dah habis

bieber : haha..kelakar jugak awak ni ya? g la kedai beli beras

salmah : kelakar apanya? saya serius ni. kang saya tumbuk muka awak.

bieber : serius? minta la duit mak awak

salmah : dalam akaun mak tinggal rm50 aje

bieber : jangan la gurau macam tu

salmah : awak pernah makan kaki kiri tak? saya sendiri yang keluar masuk duit mak. saya tahu la

bieber : ce terai minta akak awak?

salmah : dia punya duit pun saya yang bg. ptptn saya baru je habis hari tu bagi dia pinjam. dia kata nak g tengok wayang


ketika kita membuang fries mekdi selamba setan aje ada juga yang tak makan nasi langsung bahkan tak mampu nak beli beras hanya untuk makan sahaja.

untuk pengetahuan lu orang salmah dah 4 hari tak makan nasi. 4 hari? ya gua tak tipu. bagaimana dengan ibunya? salmah juga telah kehilangan bapa ketika usianya gua pun tak tahu. keluarganya hanya hidup bergantung duit pencen arwah bapanya. kesian bukan?

1. gua harap gua tak lupa bersyukur bila gua hidup senang mahupun sebaliknya
2. gua harap juga anak2 diluar sana agar belajar rajin2 agar dapat membantu meringankan beban keluarga kelak.
3. gua juga amat berharap dapat menendang perut kakak salmah sekuat hati sehingga dia koma jika gua jumpa dia satu hari nanti sebagai balasan perangai jahanamnnya pada masa lampau

kawan2, janganlah kita lupa untuk senantiasa mengucapkan alhamdulillah walauapa pun yang berlaku termasuklah jika kejadian buruk menimpa diri kita

macam gua kalau ada gadis ayu ala2 lisa surihani ngorat gua, gua akan tetap ucap 'alhamdulillah'..

Saturday, May 14, 2011

bahana tidur semasa khatib sedang membaca khutbah

jam menunjukkan 12.50 tengahari, ada lebih kurang 15 ke 20 minit lagi masa terluang untuk gua main angry bird sebelum gua gerak ke mesjid untuk solat jumaaat. jumaat ni lain sikit, kali ni gua punya lokasi dekat parit haji rosul, batu pahat sempena minggu jalan2 cuti semester.

pung pang pung pang..cukup 20 minit gua lepas high score level 12. jahanam punya game, melalaikan. gua gerak ke mesjid bukan secara solo tapi bersama sepupu gua dua orang.

sampai je mesjid gua nampak sekumpulan budak memakai pakaian seragam baju melayu sekolah samping kilat2. gua tengok muka masing2 memang muka jenis IQ tinggi. sepupu gua tegur "budak2 mrsm ni lim". "Ooh" balas gua tenang sambil pusingkan kepala paip.

setel ambik wudhuk. gua cari pot nak parking selipor. sekarang ni bukan boleh letak sepah2. budak sekarang pantang nampak selipor lawo sikit. isu curi selipor dekat mesjid ni makin men jadi2 gua perhati.

dan khatib pun mula berkhutbah. masa khutbah tu gua bukan tak fokus cuma fokus gua teralih sikit je dekat budak2 mrsm. gua perhati yang jenis salin nota pon ada, yang jenis pandang kipas pon ada, yang jenis tido tak ingat dunia pon ada. yang jenis tumpang sandor belakang member tido pon ada. jenis borak hal2 bola sepak pon ada, hal politik pon ada. global betul budak2 ni.

tapi gua tau. budak2 jenis IQ tinggi ni takkan tak kenal mana dosa mana pahala.

pung pang pung pang..habis khutbah, semayang pon da nak mula. manusia2 yang tido tadi pon ter pinga2 cari saf yang ada kipas.

rakaat pertama, semasa imam baca surah dhuha tiba2..bunyi, gedebuukk! argggh! saket2! gua tersentap. gua terperasan budak mrsm saf baris gua tiba2 tolak budak saf baris depan dia dan budak yang kene tolak tadi pon tertolak warga emas baris depan dia. dalam hati gua "parah ni, silap2 gado besor ni"

gua tenang. gua sabor. gua kumpol point. lepas imam bagi salam perasaan ingin tahu gua mem buak2. lepas gua bagi salam terus gua pandang budak2 mrsm baris belakang gua. gua tengok sorang budak lelaki gempal menangis comel. "apa kes?" gua tanya orang sebelah. "kaki kebas masa semayang terus jatuh tertolak budak depan dia" jawab brader yang gua tanya tadi. "Ooh, ingatkan kene sampuk ke sawan khinzir ke, kaki kebas je rupanya" balas gua yakin. gua dengan brader sebelah gua tadi ber balas2 ketawa kecil sambil pandang sinis dekat budak2 mrsm.

dalam hati gua "ini kalau kes tolak2 tadi sampai ke bilal dan bilal pon tertolak imam, kompom masuk metro tak pun kosmo".

ini lah bahana tidur semasa khatib sedang membaca khutbah. tido nak selesa macam tidur atas tilam empuk, macam2 gaya jugak gua perhati budak2 ni tido punya nak cari feel. sekarang dah kebas sapa yang malu? gua ucapkan selamat maju jaya dekat budak2 mrsm.


dalam perjalan balik sepupu gua ada bagitau "kes2 macam ni selalu kene masa aku dok asrama dulu, tapi budak2 kata sebab tiang arash gegar". dari hari jumaat semalam sampai sekarang gua tak brenti gelak. kah kah kah

Tuesday, May 3, 2011

ibu

"assalamualaikum wi, kau dekat mana nak? dah tengah malam ni balik la" kata ibu kepada anaknya melalui satu perbualan talipon nokia n97. "kejap lagi wi balik la mak, mak xpayah sebok2 la. wi tau jaga diri" jawab mawi dengan sombong. perangainya xubah seperti penyokong kelab bola sepak manchester united.

"jangan balik lewat2 ya wi? mak risaukan kau, nanti kalau...." tut tut tut. mawi dengan yakin memutuskan talian talipon bagi mengelakkan bebelan dari ibunya.

...

apekah kejadahnya anak seperti ini? bagaimana nanti kalau si mawi ni balik2 je mak dia dah takde? macam mana pulak nanti kalau mawi on de wei balik pulang eksiden langgar khinzir dan sekali gus meragut nyawanya? dan bagaimana pula nanti kalau mawi lupa jalan balik rumahnya sendiri nanti?

susah betul sekarang gua nak tengok anak yang mendengar nasehat ibunya. ada juga yang berani nengking2 tu.

kisah diatas adalah benar2 berlaku depan mata gua. gua tak bole tahan perangai2 yang macam gini. gua apa lagi, gua tengking dia kuat camni "kau ingat kau cakap dengan member kau ha! suka hati kau je! kalau aku terajang kau kuat2 kang macam mana nanti! eh..ikutkan hati aku ong bak je kepala kau ni!" tediam budak tu. gua bukan nak sembang la. tapi gua tengking tadi tu dalam hati je la.

nasehat gua, kita sebagai anak jangan la mempersiakan masa2 emas bersama ibu dan ayah selagi mereka maseh mampu bernafas. kita tak tahu bila waktu mereka pergi, mungkin kita dulu. siapa tahu?

nama2 yang terlibat telah diubah seratus peratus bagi menjaga nama baik beliau. tapi sampai sekarang gua rasa tak puas hati dengan budak tadi tu.