Saturday, May 14, 2011

bahana tidur semasa khatib sedang membaca khutbah

jam menunjukkan 12.50 tengahari, ada lebih kurang 15 ke 20 minit lagi masa terluang untuk gua main angry bird sebelum gua gerak ke mesjid untuk solat jumaaat. jumaat ni lain sikit, kali ni gua punya lokasi dekat parit haji rosul, batu pahat sempena minggu jalan2 cuti semester.

pung pang pung pang..cukup 20 minit gua lepas high score level 12. jahanam punya game, melalaikan. gua gerak ke mesjid bukan secara solo tapi bersama sepupu gua dua orang.

sampai je mesjid gua nampak sekumpulan budak memakai pakaian seragam baju melayu sekolah samping kilat2. gua tengok muka masing2 memang muka jenis IQ tinggi. sepupu gua tegur "budak2 mrsm ni lim". "Ooh" balas gua tenang sambil pusingkan kepala paip.

setel ambik wudhuk. gua cari pot nak parking selipor. sekarang ni bukan boleh letak sepah2. budak sekarang pantang nampak selipor lawo sikit. isu curi selipor dekat mesjid ni makin men jadi2 gua perhati.

dan khatib pun mula berkhutbah. masa khutbah tu gua bukan tak fokus cuma fokus gua teralih sikit je dekat budak2 mrsm. gua perhati yang jenis salin nota pon ada, yang jenis pandang kipas pon ada, yang jenis tido tak ingat dunia pon ada. yang jenis tumpang sandor belakang member tido pon ada. jenis borak hal2 bola sepak pon ada, hal politik pon ada. global betul budak2 ni.

tapi gua tau. budak2 jenis IQ tinggi ni takkan tak kenal mana dosa mana pahala.

pung pang pung pang..habis khutbah, semayang pon da nak mula. manusia2 yang tido tadi pon ter pinga2 cari saf yang ada kipas.

rakaat pertama, semasa imam baca surah dhuha tiba2..bunyi, gedebuukk! argggh! saket2! gua tersentap. gua terperasan budak mrsm saf baris gua tiba2 tolak budak saf baris depan dia dan budak yang kene tolak tadi pon tertolak warga emas baris depan dia. dalam hati gua "parah ni, silap2 gado besor ni"

gua tenang. gua sabor. gua kumpol point. lepas imam bagi salam perasaan ingin tahu gua mem buak2. lepas gua bagi salam terus gua pandang budak2 mrsm baris belakang gua. gua tengok sorang budak lelaki gempal menangis comel. "apa kes?" gua tanya orang sebelah. "kaki kebas masa semayang terus jatuh tertolak budak depan dia" jawab brader yang gua tanya tadi. "Ooh, ingatkan kene sampuk ke sawan khinzir ke, kaki kebas je rupanya" balas gua yakin. gua dengan brader sebelah gua tadi ber balas2 ketawa kecil sambil pandang sinis dekat budak2 mrsm.

dalam hati gua "ini kalau kes tolak2 tadi sampai ke bilal dan bilal pon tertolak imam, kompom masuk metro tak pun kosmo".

ini lah bahana tidur semasa khatib sedang membaca khutbah. tido nak selesa macam tidur atas tilam empuk, macam2 gaya jugak gua perhati budak2 ni tido punya nak cari feel. sekarang dah kebas sapa yang malu? gua ucapkan selamat maju jaya dekat budak2 mrsm.


dalam perjalan balik sepupu gua ada bagitau "kes2 macam ni selalu kene masa aku dok asrama dulu, tapi budak2 kata sebab tiang arash gegar". dari hari jumaat semalam sampai sekarang gua tak brenti gelak. kah kah kah

No comments:

Post a Comment