Wednesday, September 29, 2010

edisi kisah silam - perhimpunan

"dek!!! bangun! kalau xmak simbah air panas ni dekat badan kau." kata mak siti. gua masih pura2 tido. "mak kira sampai tiga, kalau xbangon mak piat2 telinga kau! mak serius ni dek" zuss! gua cepat2 bangon. gua xnak g sekola dengan telinga gua merah2. pedih. bapak gua yang tengah siap2 pakai baju noreh gelakkan gua dari jauh. dalam masa yang sama gua tengah cari alasan kukuh xnak g sekolah. antara plan gua:-
-seluar koyak
-kasot basah
-sekolah tutup
-xde mud

tapi gua xyakin. sebagai budak2 yang berwawasan 2020, gua tabahkan hati untuk kesekolah. gua tengok kelender, "damn! isnin!". dalam paleotak gua dah terbayang perhimpunan, diri lama2, dengor cekgu mara2, dengo guru besar berpuisi, gelakkan budak muntah sebab xsarapan pagi, penyampaian hadiah, dan yang paling gua temper tengok budak2 baya gua yang muke kerek berpangkat pengawas.

gua cuba perlahankan pergerakan ke bilik air dengan tujuan xnak tempuhi perhimpunan sekolah. zzzzzeet! badan gua macam kene letrik. gua tengok kakak gua tengah senyum2 sambil cubit peha gua. gua ambik iktibar.

siap mandi. gua capai baju sekolah yang dah bekaler ala2 biru sebab semalam gua telebih nila. tp xdahal, gadis idaman gua xkesah sangat gua punya penampilan. lepas sikat rambut dan pakai bedak. ya, memang gua kecik2 dulu pakai bedak. mak gua ada kata "kulit yang cerah adalah hak milik setiap insan". gua capai cawan yang berisi minuman berkhasiat. srrrrup! gua minom sikit. "habiskan!" mak gua tengking gua sambil pegang pisau toreh. gua xda pilihan. errrrrgh! suara hati gua mengerang menahan kepayauan air susu tepong dan mata gua merah tahan nanges.

"pom pom pom pom pom" bapak gua dah setat motor honda bulat warna putih dia. gua capai 2 3 ketul jemput2 yang mak gua masak sambil tangan kiri masokkan baju dalam seluar. gua cari kasot gua dan gua nampak kasot besawang labah2. sah kasot gua. "alamak! lupa nak kapor". ah peduli hapa gua. "wes pukul piro iki!!!" bapak gua sound guna bahasa yang gua rasa akan top pada masa hadapan nanti.

bappp! kepala gua terhantuk kat meter motor bapak gua. "cilake. tetido atas moto lagi". keluh gua. dulu kecik2 gua naik motor duduk depan, kaki gua memang muat2 masok dalam bakul motor. gua xtipu. gua turun motor. macam biasa sebelom blah gua salam dan cium tangan, pipi dan xlupa dahi bapak gua. "hensem abah hari ni". tegur gua eklas. bapak gua hulur singgit. macam biasa 60 sen buat makan rehat nanti, 40 sen buat makan time rehat skola agama petang nanti.

gua langkah masok sekolah jam 7.10 pg. sorang pengawas pandang tajam kat gua macam gua pergi sekolah xpakai seluar dalam. "petuuuihh!" gua ludah gaya gengster depan dia. bila gua jalan depan taman yang ramai awek cun lepak mulalah, swit2 gua, jerit mintak autograp, bagi bunga, bagi kad cinta siap pen wangi. macam biasa. gua angkat kening sikit dan gua xlayan sgt.

7.15 pg. kringgggggggg!! loceng sekolah gua memekik kuat memberi tanda pehimpunan boring akan bermula. gua dengan muke garang berlari cari barisan kelas gua. hah! jumpa. x sia2 gua buat tanda kapor kat padang tar ni jumaat lepas. gua letak beg. "hadapan lurus! bawah jatuh!. pekik gua memberi arahan kepada anak2 buah gua yang senget berbaris depan gua. ya, gua memegang jawatan ketua kelas paling cute masa tu. amacam? setail xgua?.

bermulalah.......lepas habis nyanyi2. macam biasa gua ulang balik. cekgu mara2 pelajar laki2 yang kecikkan seluar , lepas tu dengo guru besor berimaginasi tinggi sambil berpuisi dengan emosinya. tapi gua layan. kadang2 bole jadi bahan gelak dengan member2 bila masuk kelas nanti. bulu roma gua dah mula meremang, gua tengok pelajar2 ganas yang gua kenal dah mula masokkan kepala dalam cengkerang masing2. lu orang paham x?. suasana sepi. yang dengar hanyalah geseran kerusi cekgu2 yang mula betulkan posisi untuk lebih selesa duduk. "sekarang tibalah masa untuk cikgu zainal untuk memberikan komen sepanjang ditugaskan menjadi guru disiplin sepanjang minggu lepas" saiko si pengerusi majlis kepada pelajar yang berdiri sambil mengelap peluh. sreeeeeeeet! bunyi kerusi seorang cekgu yang hendak berdiri memulakan langkah memberi ucapan atau kata nama lain memberikan tekanan kepada kami warga SKPD. "assalamualaikum..yang dihormati bla..bla..bla.." pung pang pung pang setel satu cerita. tiba2 3 orang pelajar berjalan tunduk ke tiang bendera. sah! gua kenal, budak kelas gua ni. firuddin, faizul dan saiful fikri. "gua nak bagitau....ehem2, maafkan saya. saya nak bagi pengajaran kepada pelajar2 yang ponteng perhimpunan hari ini". kata cekgu zainal. "kah kah kah". gua buat satu gelakkan deras. tapi gua gelak dalam hati je la. ngam2 tiang bendera ada tiga. sorang satu. bermula dengan firuddin. dia pejam sambil pegang tiang bendera erat2. zaassssssssssss!! satu sebatan padu pada punggung firuddin. gua tengok muka dia. sah nanges. sampai dah dewasa pon gua selalu jugak tengok dia nanges. mak gua ada pesan "dek, nanti dekat sekolah jangan nanges2 ya sayang". rupanya memang berguna betul nasehat mak gua tu. begitulah juga hukuman sama yang di terima keatas dua mangsa yang berikutnya. tapi gua berpendapat si firuddin tu buat2 nanges2 sebab sebelum perhimpunan dia ada pinjam fail gua. jadi gua syak fail gua tu dia buat alas punggung dia sebelum kene rotan. cilake.

pehimpunan tamat dengan aman dan tiada siapa yang tercedera dan terkorban. sekarang gua tengok cekgu jentik sikit pelajarnya memang silap besar. silap2 kene saman ber juta2 dengan mak bapak, xpon kene hukum jadi orang gaji, xpon kene belanja makan keluarga mangsa di kedai sikret resipi. begitulah realitinya.

kerenah student bahagian 2

maap gua lambat sambung maklom la menteri sana panggil suruh bagi ceramah dekat sekolah lama dia, YB sini panggil suruh buat persembahan nashid open haus rumah dia, datin situ panggil suruh tgok2 kan laki dia takot malam2 pergi klabing ke pergi rumah urut ke. oke gua sambung balik.


lelaki sopan
lepas gua habis nyonyot sebijik gula2 tiba2 gua dapat merasakan satu aura kuat datang hampiri kawasan gua tunggu. gua pandang kiri sah! gua xsyak lagi memang dia. orang kata dia ni menarik lemah lembut, berbudi bahasa dan bal..bla..bla.. gua tegur 'hai'. dia jeling gua tajam. gua xputus asa. gua buat pelbagai aksi luar biasa depan dia termasuk la buat tarian cina, silat gayung, boria, buat2 sawan, shapel untuk tarik perhatian dia. namun xberhasil. gua marah, gua kalau marah gua diam. jadi gua diam. selang beberapa detik dia bukak zip beg dia keluarkan kompek pauder. gua xterkejut. dalam hati gua 'lelaki zaman sekarang memang sopan dan amat mementingkan kecantikan’.

gred 'F'
‘hello, ibu ke tu’. ‘ya ibu ni, ada apa lan’. ‘bu, enpon lan rosak la bu, lan ingat nak minta ibu duit sikit nak beli enpon’. ‘oh. yela2 nanti ibu bank in ya lan, lan nak pakai berapa?’. ‘dalam 500 cukup kot’. ‘ish, banyaknya lan. xpa2 esok ibu bank in ya lan’. tiba2 sorang student datang menyapa lan. ‘weih lan, duit yang ko pinjam hari tu bila nak bayar? aku tengah kering ah’. ‘sabar la, esok aku bayar. ko bagitau bob esok pun aku bayar duit dia 300 tu’. gua dah agak dah dia mesti kencing mak dia punya. lu orang pikir la sendiri berapa banyak kesalahan si lan ni buat. kalau gua, gua bagi rating ‘F’ untuk lan punya perangai. gampang.

sikret resipi
lepas gua belasah lan pakai tali pinggang gua, gua duduk balik. mata gua tertarik dengan penampilan sorang awek yang cantik, menarik, tertarik kau memang daboom. time gua baru nak berangan dapat keluar dengan awek tu naik mesdis tiba2 angan2 gua musnah apabila boiprend dia sampai dan duduk sebalah dia sambil mereka kongsi makan coki2. lepas gua kesat air mata gua pasang2 telinga dan dengar perbualan mereka. laki ‘u..duit i cukup2 je buat makan dengan tambang balik. so, i xdapat belanja u makan kat sikret resipi malam ni’. pompuan ‘ala..xpe2 i guna duit ptptn i la kalau macam tu, janji kita dapat luangkan masa bersama dan bahagia’. bila pompan tu kata , “janji kita dapat luangkan masa bersama dan bahagia” gua xsegan nak muntah hijau depan mereka. lepas awek tu blah gua nampak laki tadi lompat tinggi2 dan buat satu tumbukan padu ke udara tanda keriangan sambil berkata ‘yess! cukup la duit aku nak ajak awek part 1 g melaka esok!’. gua terdiam. cilake punya kasanova.

peluang
dah hampir setengah jam gua tunggu dibat x datang2. ikotkan hati nak je gua ong bak pakgad muda yang dari tadi pandang gua macam budak ngisap dadah. gua kalau tensen gua memang ganas. ketensenan gua mula reda apabila sorang awek dok sebelah gua. muke suci, pakai tudung, sopan2, ada kad matrix, mekap xtebal, makan nasi guna tangan, kuku xpanjang dan memang ada ciri gadis idaman gua. dia senyum2 kat gua. gua jual mahal. dalam hati gua rugi kalau gua lepaskan peluang berkenalan dengan awek ni. jadi gua buat keputusan drastik untuk tanya nama beliau. gua siap2 pergi tandas sikat rambut, pakai baju melayu samping kilat dengan harapan awek tu tertawan dengan penampilan gua. Gua gagahkan diri dan duduk sopan. jantung gua berdegup kencang tiba2.. ‘ting tung ting tung ting tung’ enpon gua berdering kuat. jahanam. time2 macam ni la lu kol gua. dibat ‘kat mana?’. gua ‘gua tunggu lu kat admin, lu turun gua g ambik kereta’. peluang gua terlepas.




Thursday, September 23, 2010

kerenah student bahagian 1

sementara tunggu dibat yang nak ambik kereta myvi cantik dari gua, gua cari port yang sesuai untuk tunggu. jadi gua ambik keputusan tunggu kat admin, lu tau admin kat mana? datang tempat gua belajar nanti gua tunjuk. gua tarik nafas panjang2 dah jerit horay! kuat2 sampai pakgad dengor gua nak tunjuk yang gua dah potong rambut, ada kad matrix dan kacak.

kita kembali cerita tentang kerenah student. sedang gua syok dok usha awek sebelah gua, gua rasa tertarik dengan kerenah dan kegedikkan student2 kat sini. gua story.

ribaa
sekumpulan pelajar perempuan berborak tentang topik yang mereka baru belajar. gua respek student yang bagus macam ni. perempuan 1 "wahid, isnain, salasa, ribaa" perempuan 2 menyelah "bukan ribaa la wak" perempuan 1 dengan yakin jawab "betul la! aku datang kelas dia hari tu, kau apa tau?!" perempuan 2 "tapi macam lain bunyinye" perempuan 1 "kau tu dalam kelas dok sms boiprend je, apa yang ustazah ajar kau buat sambil lewa" perempuan 2 lari ketandas sambil mengesat air mata. gua respek perempuan 1 sebab dia bagus sound kawan dia depan2. tapi setahu gua, yang gua belajar la lepas salasa bunyinya arbaa.

si tempang tumit tinggi
dari jauh gua rasa mushkil apa pasal la awek cun tu jalan macam king kong gagah. makin dekat, makin dekat, makin dekat gua tengok sah pompuan ni kene santau. pompuan 1 "kau ni, kaki kau tu kan tekehel xelok lagi xsakit ke?" pompuan 2 "ala, slipar aku yang len basah la, orang len pakai tumit tinggi kau xtegur pon?". gua rasa budak ni perlu ada kesedaran atau perlu hadir kem motivasi "kenali diri anda" kalau baca post ni, gua kalau kaki tekehel nak jalan pon takut2. ni siap pakai tumit tinggi apahal.

awek cun semester satu
woosh! awek cun semester satu lalu depan gua sambil buat tarian zapin. dia mintak no telepon gua. gua xlayan.

arwah omar
lepas gua tolak awek cun tadi kuat2 sebab dia paksa gua kapel dengan dia, sorang kakak lalu depan gua. gua ingat2 balik tapi gua xingat jugak nama dia sapa tapi gua kenal muka dia. sah, akak member gua, member gua dah kembali menghadap yang maha Esa sewaktu kami ber'futsal' bersama. tiba2 gua senyap lalu menyedekahkan alfatihah. semuga rohnya di cucuri rahmat. alfatihah..

pakgad
gua tengok muke pakgad muda sorang tu bengis macam ada dendam kesumat kat seseorang. gua mula jauhkan diri. gua dah mula baca ayat kursi laju2. tap! gua nampak dia pegang lengan seorang pelajar lelaki yang sasa. pakgad "kad metrix mana?" dia jerit kuat2 kat telinga mangsa. mangsa "maaf cik, ada dalam wolet saya". pakgad "pakai skang! dia jerit sambil membidangkan dada. mangsa berjalan sambil mencarut perlahan. gua perhati je pakgad tu. gua syak awek yang lalu depan gua ni kompom kene tahan sebab kad matrix xda, baju ketat, rambut kaler2, yang gua xpuas hati apasal dia xpandang gua. dalam hati gua dah menyumpah "tau la lu nasib lu ngan pakgad tu nanti" kah kah kah, gua gelak dalam hati. sampai depan pakgad. pakgad "hai cik adik". stat dari tu gua resist dengan pakgad.

bersambung..


Wednesday, September 22, 2010

order makanan sambil cari top up

sementara menunggu makanan yang dah 20 minit gua order siap, gua diberitahu celcom bahawa kredit gua tidak menukupi untuk membuat panggilan. jadi gua bergegas ke sebuah pasaraya bedekatan untuk membeli top up.

ikuti cerita gua.

gua : top up rm 5 ada?
amoi cun (pekerja) : xda (sambil senyum menggoda kat gua)
tokei kedai : kedai nak tutup (sambil buat muke kerek dan pandang gua macam si kaya pandang si miskin)
gua : rm 10 ada?
tokei kedai : ada2 (sambil gelabah carikan pen bg gua tulis no kat buku tulis)
gua : oh. xpa2 gua beli kat kedai sebelah je la, lu mau tutup kedai kan?
tokei kedai : (tunduk kepala sambil titiskan air mata)
amoi cun (pekerja) : (gelak guling2 depan kedai jual cd cerita p.ramlee)

gua dengan hati senang duduk kat kedai makan dan kembali menunggu nasi goreng kampung gua yang dah 30 minit xsampai-sampai.

Tuesday, September 21, 2010

bagaimana gua boleh tergerak hati untuk menulis blog?

Pada satu malam yang sunyi gua keluar rumah sambil menghirup udara ditemani caca dan tiba2 gua dan caca berpandangan mata serentak dan kami berdua tersenyum kemaluan tersipu-sipu.

Hati kecil gua berkata “xsalah kalau saat2 indah cenggini lu kongsi kat orang lain”

Tup! Gua tersentap dan terkejut caca merebahkan kepalanya atas peha gua. Gua pon dengan rasa kasih sayangnya membelai kepalanya sambil bersiul lagu ungu ‘andaiku tahu’ sampai habis. Tang corus caca sekali2 tersentak kerana gua meneran menahan nafas untuk ke melodi seterusnya.

Satu jam kemudian, caca bangun mengeliat sambil membuat jelingan manja pada gua. Gua senyum ngada2 tanda gembira melihatnya sebegitu gaya. Lantas caca berlari anak masuk kerumah tanpa tinggalkan sebarang klu. Gua hairan kenapa dia xmengeluarkan sepatah haram perkataan pon dari mulutnya yg mengancam itu.

Dan saat itulah gua rasa gua nak semua orang kongsi sama keindahan dunia macam mana gua rasa. Jadi gua nak kongsi apa2 pengalaman menarik yang pernah gua lalui bersama lu orang melaui blog nih.

Caca. Walaupun macam mana rupa dia, tingkahlaku dia, kegedikkan dia gua dengan rasa hebatnya nak kata yang gua tetap sayang kat dia gila***i. Sebab dari kecik lagi gua yang jaga dia.

Gua xkedekot nak kongsi gambo caca dengan lu orang.


caca

Oh ya gua hampir terlupa nak bagitau yang caca tu kuceng kesayangan gua. Salam perkenalan