Wednesday, September 29, 2010

edisi kisah silam - perhimpunan

"dek!!! bangun! kalau xmak simbah air panas ni dekat badan kau." kata mak siti. gua masih pura2 tido. "mak kira sampai tiga, kalau xbangon mak piat2 telinga kau! mak serius ni dek" zuss! gua cepat2 bangon. gua xnak g sekola dengan telinga gua merah2. pedih. bapak gua yang tengah siap2 pakai baju noreh gelakkan gua dari jauh. dalam masa yang sama gua tengah cari alasan kukuh xnak g sekolah. antara plan gua:-
-seluar koyak
-kasot basah
-sekolah tutup
-xde mud

tapi gua xyakin. sebagai budak2 yang berwawasan 2020, gua tabahkan hati untuk kesekolah. gua tengok kelender, "damn! isnin!". dalam paleotak gua dah terbayang perhimpunan, diri lama2, dengor cekgu mara2, dengo guru besar berpuisi, gelakkan budak muntah sebab xsarapan pagi, penyampaian hadiah, dan yang paling gua temper tengok budak2 baya gua yang muke kerek berpangkat pengawas.

gua cuba perlahankan pergerakan ke bilik air dengan tujuan xnak tempuhi perhimpunan sekolah. zzzzzeet! badan gua macam kene letrik. gua tengok kakak gua tengah senyum2 sambil cubit peha gua. gua ambik iktibar.

siap mandi. gua capai baju sekolah yang dah bekaler ala2 biru sebab semalam gua telebih nila. tp xdahal, gadis idaman gua xkesah sangat gua punya penampilan. lepas sikat rambut dan pakai bedak. ya, memang gua kecik2 dulu pakai bedak. mak gua ada kata "kulit yang cerah adalah hak milik setiap insan". gua capai cawan yang berisi minuman berkhasiat. srrrrup! gua minom sikit. "habiskan!" mak gua tengking gua sambil pegang pisau toreh. gua xda pilihan. errrrrgh! suara hati gua mengerang menahan kepayauan air susu tepong dan mata gua merah tahan nanges.

"pom pom pom pom pom" bapak gua dah setat motor honda bulat warna putih dia. gua capai 2 3 ketul jemput2 yang mak gua masak sambil tangan kiri masokkan baju dalam seluar. gua cari kasot gua dan gua nampak kasot besawang labah2. sah kasot gua. "alamak! lupa nak kapor". ah peduli hapa gua. "wes pukul piro iki!!!" bapak gua sound guna bahasa yang gua rasa akan top pada masa hadapan nanti.

bappp! kepala gua terhantuk kat meter motor bapak gua. "cilake. tetido atas moto lagi". keluh gua. dulu kecik2 gua naik motor duduk depan, kaki gua memang muat2 masok dalam bakul motor. gua xtipu. gua turun motor. macam biasa sebelom blah gua salam dan cium tangan, pipi dan xlupa dahi bapak gua. "hensem abah hari ni". tegur gua eklas. bapak gua hulur singgit. macam biasa 60 sen buat makan rehat nanti, 40 sen buat makan time rehat skola agama petang nanti.

gua langkah masok sekolah jam 7.10 pg. sorang pengawas pandang tajam kat gua macam gua pergi sekolah xpakai seluar dalam. "petuuuihh!" gua ludah gaya gengster depan dia. bila gua jalan depan taman yang ramai awek cun lepak mulalah, swit2 gua, jerit mintak autograp, bagi bunga, bagi kad cinta siap pen wangi. macam biasa. gua angkat kening sikit dan gua xlayan sgt.

7.15 pg. kringgggggggg!! loceng sekolah gua memekik kuat memberi tanda pehimpunan boring akan bermula. gua dengan muke garang berlari cari barisan kelas gua. hah! jumpa. x sia2 gua buat tanda kapor kat padang tar ni jumaat lepas. gua letak beg. "hadapan lurus! bawah jatuh!. pekik gua memberi arahan kepada anak2 buah gua yang senget berbaris depan gua. ya, gua memegang jawatan ketua kelas paling cute masa tu. amacam? setail xgua?.

bermulalah.......lepas habis nyanyi2. macam biasa gua ulang balik. cekgu mara2 pelajar laki2 yang kecikkan seluar , lepas tu dengo guru besor berimaginasi tinggi sambil berpuisi dengan emosinya. tapi gua layan. kadang2 bole jadi bahan gelak dengan member2 bila masuk kelas nanti. bulu roma gua dah mula meremang, gua tengok pelajar2 ganas yang gua kenal dah mula masokkan kepala dalam cengkerang masing2. lu orang paham x?. suasana sepi. yang dengar hanyalah geseran kerusi cekgu2 yang mula betulkan posisi untuk lebih selesa duduk. "sekarang tibalah masa untuk cikgu zainal untuk memberikan komen sepanjang ditugaskan menjadi guru disiplin sepanjang minggu lepas" saiko si pengerusi majlis kepada pelajar yang berdiri sambil mengelap peluh. sreeeeeeeet! bunyi kerusi seorang cekgu yang hendak berdiri memulakan langkah memberi ucapan atau kata nama lain memberikan tekanan kepada kami warga SKPD. "assalamualaikum..yang dihormati bla..bla..bla.." pung pang pung pang setel satu cerita. tiba2 3 orang pelajar berjalan tunduk ke tiang bendera. sah! gua kenal, budak kelas gua ni. firuddin, faizul dan saiful fikri. "gua nak bagitau....ehem2, maafkan saya. saya nak bagi pengajaran kepada pelajar2 yang ponteng perhimpunan hari ini". kata cekgu zainal. "kah kah kah". gua buat satu gelakkan deras. tapi gua gelak dalam hati je la. ngam2 tiang bendera ada tiga. sorang satu. bermula dengan firuddin. dia pejam sambil pegang tiang bendera erat2. zaassssssssssss!! satu sebatan padu pada punggung firuddin. gua tengok muka dia. sah nanges. sampai dah dewasa pon gua selalu jugak tengok dia nanges. mak gua ada pesan "dek, nanti dekat sekolah jangan nanges2 ya sayang". rupanya memang berguna betul nasehat mak gua tu. begitulah juga hukuman sama yang di terima keatas dua mangsa yang berikutnya. tapi gua berpendapat si firuddin tu buat2 nanges2 sebab sebelum perhimpunan dia ada pinjam fail gua. jadi gua syak fail gua tu dia buat alas punggung dia sebelum kene rotan. cilake.

pehimpunan tamat dengan aman dan tiada siapa yang tercedera dan terkorban. sekarang gua tengok cekgu jentik sikit pelajarnya memang silap besar. silap2 kene saman ber juta2 dengan mak bapak, xpon kene hukum jadi orang gaji, xpon kene belanja makan keluarga mangsa di kedai sikret resipi. begitulah realitinya.

1 comment: