Tuesday, September 21, 2010

bagaimana gua boleh tergerak hati untuk menulis blog?

Pada satu malam yang sunyi gua keluar rumah sambil menghirup udara ditemani caca dan tiba2 gua dan caca berpandangan mata serentak dan kami berdua tersenyum kemaluan tersipu-sipu.

Hati kecil gua berkata “xsalah kalau saat2 indah cenggini lu kongsi kat orang lain”

Tup! Gua tersentap dan terkejut caca merebahkan kepalanya atas peha gua. Gua pon dengan rasa kasih sayangnya membelai kepalanya sambil bersiul lagu ungu ‘andaiku tahu’ sampai habis. Tang corus caca sekali2 tersentak kerana gua meneran menahan nafas untuk ke melodi seterusnya.

Satu jam kemudian, caca bangun mengeliat sambil membuat jelingan manja pada gua. Gua senyum ngada2 tanda gembira melihatnya sebegitu gaya. Lantas caca berlari anak masuk kerumah tanpa tinggalkan sebarang klu. Gua hairan kenapa dia xmengeluarkan sepatah haram perkataan pon dari mulutnya yg mengancam itu.

Dan saat itulah gua rasa gua nak semua orang kongsi sama keindahan dunia macam mana gua rasa. Jadi gua nak kongsi apa2 pengalaman menarik yang pernah gua lalui bersama lu orang melaui blog nih.

Caca. Walaupun macam mana rupa dia, tingkahlaku dia, kegedikkan dia gua dengan rasa hebatnya nak kata yang gua tetap sayang kat dia gila***i. Sebab dari kecik lagi gua yang jaga dia.

Gua xkedekot nak kongsi gambo caca dengan lu orang.


caca

Oh ya gua hampir terlupa nak bagitau yang caca tu kuceng kesayangan gua. Salam perkenalan



No comments:

Post a Comment