Friday, April 15, 2011

peperiksaan akhir 2

apabila final exam tiba, kita sebagai orang awam akan melihat pelajar2 ipt akan mengelibas dan akan jadi tak tentu hala seperti kena rasuk setan, demam panas, pucat, lesu tidak bermaya dan ada juga yang mencipta page di laman sosial yang bertajuk 'katakan tidak kepada final exam!!!'. kenapa? kenapa? kenapaaaaaaa!!?

setelah membuat rujukan selama empat semester, gua dengan ini akan memecahkan rahsia mengapa perkara ini boleh terjadi? adakah kerana lecturer? adakah kerana ibu bapa memaksa sambung belajar? atau adakah kerana pelajar tersebut memang bangang? tidak.

pertama..
pada awal semester (bulan 1), pelajar-pelajar yang mengelibas ini akan menyibukkan diri dengan mencari pasangan baru untuk membawa bekalan sehingga akhir semester dengan bertujuan untuk : -
-meluahkan perasaan tentang perangai ex-boypren/gelfren mereka yang tidak setia semester lepas
-cari pengalaman
-geli-geli
-berkongsi harta ptptn

kedua..
pada awal semester (bulan 2), pelajar-pelajar yang mengelibas ini akan menyibukkan diri dengan menyusun atur kelas dan memilih lecturer mana yang mereka suka yang pada akhirnya tidak menghadirkan diri dengan alasan2 bangang.

ketiga..
pada pertengahan semester (bulan 3), pelajar-pelajar yang mengelibas ini akan menyibukkan diri dengan membaca surat cinta dari pihak kampus yang mengatakan "anak encik tidak ke kelas pada sekian2 haribulan, lebih baik encik nasehatkan sikit anak encik tu sikit sebelum kami meminta encik membayar rm200 sebagai upah penat menaip surat2 yang cenggini, sekian"

keempat..
pada pertengahan semester (bulan 4, minggu 2), pelajar-pelajar yang mengelibas ini akan menyibukkan diri dengan naik turun court di kampus atas kesalahan2 ketidakhadiran ke kelas, kurang hajor dengan lecterur, memandang badi kepada pegawai keselamatan ketika keluar kampus, maksiat dan lain2.

kelima..*klimaks
pada akhir semester (bulan 4,), pelajar-pelajar yang mengelibas ini akan menyibukkan diri dengan menyiapkan 19 assigment yang tertangguh serta sesi muhasabah diri, belajar mengambil wudhuk, dan berjanji tidak akan berperangai bangang seperti semester ini yang pada akhirnya tidak memberi kesan apa2

dan....maka muncul lah pelajar2 ipt yang mengelibas dan akan jadi tak tentu hala apabila final exam tiba akibat perangai bangang mereka sendiri dan yang menariknya, mereka akan lakukan perkara ini untuk semester seterusnya sehingga dismiss.


*mengelibas bermaksud menggelupur cth ayat; julia mengelibas apabila ibunya dapat tahu bahawa duit ptptn nya habis membayar downpayment kereta mesdis milik kekasihnya.

Saturday, February 19, 2011

47 kebaikan merokok

sebelum itu, mari sini abang cerita dan terangkan dengan lebih lanjut dan jelas tentang rokok.

untuk pengetahuan adik2 yang merokok rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm. 'mm' adalah singkatan bagi milimiter dan bukan 'meganyang makwe'. dengan diameter sekitar 10 'mm' yang berisi daun2 tembakau. rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok tidak bernyawa dan rokok bernyawa yang ni abang tak minat nak terangkan dengan lebih lanjut nanti mak abang marah.

rokok biasanya dijual dalam bungkusan kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah kedalam kocek atau poshbek. dewasa ini, bungkusan2 tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru2, serangan jantung, saka, rasukan setan dan banyak lagi.

tahukah adik2?
manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa india di amerika. mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. pada abad ke - 16, ketika bangsa eropah menemukan benua amerika, sebahagian dari para penjajah eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke eropah. orang eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. abang tersilap taip tadi. sebenarnya orang eropah dan orang kita merokok hanyalah untuk kesenangan semata-mata, mana datang senangnya pon abang tak tau. dunia2..abang tak tau pulak kalau adik2 yang merokok ni bertujuan memuja dewa atau roh, syirik namanya tu. pada abad ke - 17 para pedagang sepanyol membawa masuk rokok ke turki dan bermula saat itu, ia terus menular ke negara2 islam.

adik2 yang disayangi sekalian, tahukah adik2 bahawa terdapat 47 kebaikan merokok. jangan risau abang kalau buat artikel memang tepat2 belaka semuanya jadi adik2 boleh mempercayainya tanpa rasa ragu2.

dengan ini, abang memecahkan 47 rahsia kebaikan merokok khas untuk adik2. enjoy..

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.
37.1 -
37.2 -
37.3 -
37.3.1 -
37.4 -
37.5 -

38.

39.

40.

41.

42.

43.

44.

45.

46.

47.

hai adik2, bertemu kembali kita akhirnya. macam mana? sudah kenal pasti kebaikan2 merokok yang abang tayangkan sebentar tadi? ya, mata adik tidak tersilap langsung. memang hanya nombor sahaja yang adik lihat. mengapa? kerana secara faktanya memang tiada satu pun kebaikan jika adik2 merokok.


Monday, February 14, 2011

lu orang hapal ke ilmu-ilmu asas ni?

sempena sambutan maulidul rasul ini, gua menyambut baik kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dengan gembira tanpa menghiraukan mereka yang menyambut hari kekaseh sambil bercium dan bergomol di pantai teluk cempedak mahupun pusat karaoke bilik vip. mari kita imbas kembali pelajaran yang mungkin segelintir masyarakat islam kita yang tidak menghapal ilmu2 asas ini (realiti) dan mungkin yang tidak mengambil tahu pun ilmu2 ini (realiti) ataupun yang tidak pernah tahu pun ilmu2 asas ini (kalau yang ini realiti gua tak tau nak cakap apa)

para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman.

1. percaya kepada Allah
2. percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
3. percaya kepada Malaikat-Malaikat
4. percaya kepada Kitab-Kitab
5. percaya kepada Hari Akhirat
6. percaya kepada Qada' dan Qadar

para ulama juga menetapkan setiap umat islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam islam yang dikenali sebagai Rukun Islam iaitu.

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu *
  3. Berpuasa pada bulan Ramadha *
  4. Membayar zakat
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

bahagian yang gua tanda * tu gua harap lu orang baca 90 ratus kali dan praktikan

yang sudah berumah tangga dan ada anak tu masih belum terlambat untuk mengajar mereka ilmu2 asas ini. jangan ingat hantar anak ke sekolah omputeh tu dah cukup pandai segala benda dan yang nak mendirikan rumah tangga tu tak kan bila time nak nikah baru nak ngapal (realiti).

gua ni tidaklah sesempurna mana tapi memberi peringatan kepada diri sendiri dan orang lain mungkin boleh memberi perubahan pada masa akan datang. se kurang2nya lepas ni kalau ada explorace dekat kampus gua yang ada quiz berkaitan ilmu2 macam ni gua dapat jawab dengan tenang dan yakin.

rujukan yang gua ambik adalah daripada kerajaan arab saudi kementerian hal ehwal Islam, wakaf, dakwah dan nasihat.

Thursday, February 10, 2011

kurang sopan namanya tu

gua suka bagi nasehat member2 gua dengan ayat cenggini "tak pandai belajar tak apa nook tapi jangan tak pandai jaga adab gitu".

gua amat menghormati pada sesiapa yang mempunyai sijil pelajaran yang tinggi dan pekerja yang orang kata gaji dia cukup la kalau buat kawen empat. tapi gua cukup kurang senang dengan tingkah laku segelintir mereka yang biadap dengan pelanggan atau orang awam yang sopan santun macam gua.

gua cerita..

petang tu angin sepoi2 bahasa je gua rasa. misi gua pada hari tersebut ada dua. pertama renew lesen memandu gua kepada penuh dan kedua makan nasi. gua dengan berbaju kemeja berseluar jeans dan berkasut cantik semata2 nak nampak hensem bila jumpa kakitangan kerajaan yang bertugas.

langkah gua keluar kereta disambut baik oleh kicauan burung2 keriangan. gua naik tangga, tiba2 gua disapa oleh seorang gadis manis ala2 lisa surihani "bang, dekat sini mana kedai photostat yang dekat ya?" gua dengan gaya segak menjawab "tak tau la dek" sambil mengemaskan gaya rambut gua.

gua teruskan perjalanan. sampai ke kaunter gua pun tanya pekerja yang bertugas."assalamualaikum, tompang tanya kak. kaunter mana yang menyetelkan hal2 renew lesen?". "kaunter sebelah ni dek" jawabnya serius. dia menambah lagi "dah photostat ic ke belum?". gua dengan gelabah membalas "belum, dekat sini tak ada photostat ke kak?". "tak" jawabnya sambil buat jelingan maut. gua balas dengan senyuman menggoda.

sebaik kaki gua melangkah keluar untuk mencari kedai photostat secara tiba2 gua terlihat mesin photostat besar gedabak belakang kaunter bersebelahan dengan petugas yang gua borak2 tadi. dalam hati gua "cilake". kurang sopan namanya tu melayan orang awam yang kacak dan power macam gua ni. gamphang betul.

turun je tangga gua pun mula terpinga2 mana nak cari kedai photostat ni, kejap lagi nak tutup dah kaunter tu. dieorang ni bukan boleh bertugas 10 ke 15 minit lebih sikit. yela, kang balik ada bende lain nak buat lagi pastu nak bukak pesbuk main poker tak pun buat status luahan2 hati macam ni "penatw betulw lew kejew hariw niw rasew macamw nakw kenew gaot satuw badanw" lepas tu laki dia like dan komen "kesian cayunk, nanti papa balik kite g dinner dekat juara ikan bakar ye cayunk. muuuuuuuuaah!".

gua sambung..

gua turun je tangga gua terus tanya sorang brader "kat sini mana ada kedai photostat yang dekat ek bang?" "dekat bangunan kaler kuning tu ada dek" jawab brader tu tenang. tiba2 gua teringat gadis manis yang ala2 lisa surihani tadi. kes dia mesti sama dengan gua ni. mungkin jodoh gua ni. gua senyum nipis2 2 3 minit sebelum teruskan misi gua.

setel photostat. dengan kelajuan 5.43 saat/km gua berlari pantas naik tangga. "sempat lagi ni" hati gua berkata.

"jahanam! kaunter tutup!" jerit gua kuat2 dalam hati. tinggal lagi dua kaunter je buat gua rasa masih ada harapan. gua pergi ke kaunter yang gua rasa macam ada cahaya melilau dekat wajah petugas tu. gua pun tanya "kak, kaunter sebelah ni tutup kaunter mana lagi yang boleh saya setelkan renew lesen saya ni?" tanya gua sambil mengelap peluh yang sedikit2 keluar dari dahi kerut gua. "adek bole pergi kaunter mana2 yang kosong" jawab petugas sambil senyum manja.

"alhamdulillah, ada satu kaunter lagi" syukur gua dalam hati. jadi, gua pun beratur belakang brader berbaju kemeja belang biru laut. sambil menunggu giliran, gua menoleh kiri kanan dan gua perasan yang gua adalah pelanggan terakhir pada masa yang sangat emas itu.

secara automatik giliran gua tiba setelah brader berbaju kemeja belang biru laut berlalu pergi. dan ini pula yang jadi...

gua senyum, belum sempat gua bagi salam petugas perempuan yang gua agak muka macam baru lepas tunang tu memangkah percakapan gua begini. sambil melihat jam ditangannya dia berkata "dah pukul 4.30, sori la. awak lambat sangat datang" sambil meletakkan lipatan kertas yang tertulis "kaunter tutup" petugas itu berlalu pergi tanpa mendengar penjelasan gua.

watdehel!!!

gua harap bila gua jadi bos nanti gua nak cari pekerja yang ada sijil "ADAB MESRA PELANGGAN DAN BERKEMAHIRAN TINGGI UNTUK BEKERJA LEBIH MASA SEKURANG-KURANGNYA 5 MINIT LEBIHNYA"

gua turun tangga dan disambut sedih oleh burung2 yang ngam2 berak atas cermin kereta gua masa gua setat enjin.

apa2 pun gua nak ucap tahniah kepada pakcik gagah ni sebab dapat lesen.

Tuesday, January 4, 2011

bila ada azam yang berobjektif baru setail

ramai bertanya "apasal lama tak update blog?" gua tak malu2 nak jawab "bagi gua brokben 5 biji, tiap 3 minit gua update, amacam?" dalam keadaan cemas dan keliru mereka lalu sambil bersiul comel tanpa hiraukan jawaban gua.

azam? siapa dia azam? apa itu azam? adakah beliau seseorang yang pernah berkata "saya gay..saya oke.."? bukan. dia juga bukan member gua yang kata "segamat tu hutan. orang utan je yang dok situ" bukan juga. jangan risau gua dah bagi terajang padu tepat ke peha kanan member gua tu. azam juga bukan sejenis permainan kanak2 berusia 3 tahun dan kebawah tanpa alkohol.

secara ringkas. azam itu adalah cita2 atau harapan yang seseorang insan itu cuba capaikan dalam jangka masa yang ditetapkan diri mereka sendiri. tak paham? cek kamus dewan online dan taip "luna maya memang terbaeek!"

azam tahun2 lepas gua cuba abaikan. kenapa? sebab lepas buat kira2 gua rasa azam gua yang lepas adalah azam yang tidak berobjektif serta tidak menjadikan hidup gua kemas dan teratur. contohnya pada tahun 2009 azam gua nak cari awek yang muka dia sebijik macam lisa surihani dekat kampus gua. mari sini gua terangkan ikut silibus macam mana azam jenis ni boleh buat hidup gua tidak kemas dan tidak teratur.

pertama, pasang niat nak cari awek dekat kampus pada hari pertama ke kelas adalah satu langkah kurang bijak bagi pelajar yang berdedikasi dan berdisiplin macam gua. tak patut, tak patut.. gua panggil itu tidak kemas.

kedua, bila gua jatuh cinta secara ringkasnya gua akan hilang tumpuan yang padu pada pelajaran. jadi, masa untuk mengapal format balance sheet dan income statement tiada. jadi gua panggil ini sebagai tidak teratur.

ketiga, ketika gua sudah ada di alam fana cinta, secara jujur gua letakkan kawan2 sebagai no 4 dalam list gua. no 3 awek gua. no 2 mak abah gua yang no 1 tak kan lu orang tak bole pikir. jadi gua panggil ini sebagai hidup yang tidak kemas dan tidak teratur. amacam? nampak tak flow macam mana gua kata yang azam gua yang ini memang gampang.

last2 gua pegi facebook page lisa surihani pastu gua like 3 kali. cilake

azam gua 2010. yang ni gua rasa gua tak nak pikir balik. sebab bila dirumuskan pasti akan menjadi "bla..bla..bla..azam ini tidak berobjektif dan menjadikan hidup gua tidak kemas dan teratur" lagi sekali azam jenis ini memang betul2 tahi.

nasehat gua untuk semua. berazam menjadi muslim atau muslimah yang berjaya adalah salah satu contoh azam yang gua nampak boleh pegi jauh. ni cadangan gua la. biar seringkas mana pun azam itu pastikan ianya berobjektif dan pada akhirnya ia memberi perubahan baik dan mematangkan diri.

bagaimana pula dengan azam gua 2011? tak dapat jep gua nak cerita. bila dah sukses nanti baru gua post. kenapa tak sekarang gua bagitau? sebab, malu la gua kalau azam yang 2011 ni gua gagal. kah kah kah..

*sampai sekarang gua memang minat dekat lisa surihani. dem!