Tuesday, November 9, 2010

kalaulah..

gua perhati bila member2 gua kecewa mereka akan selitkan perkataan 'kalau' di akhir perbualan. masih tak faham? biar gua cerita.

kata seorang pelajar..
kata sazali kepada aiman. "result hang terokk!". dalam hati aiman "KALAULAH dulu masa exam aku tak jalan2 ke teluk cempedak mesti tak jadi macam ni". tapi..aiman tak kesah

kata seorang guru..
apa bende la student aku jawab ni. soalan mintak "pada pandangan anda apakah langkah2 terbaik untuk..bla..bla..bla.." dia luahkan perasaan cinta dia kepada si dia pulak. "KALAULAH aku ada time dia jawab exam masa tu memang aku terajang dia kuat2"

kata seorang kasanova..
"i dah tak bole blah dengan u! cukup sampai di sini. kita berpisah zamri! u ambik la balik ferrari merah yang u bagi ni dulu. muktamad!". dalam hati zamri "KALAULAH aku tak dating dengan adik dia dulu mesti tak jadi macam ni"

kata seorang gadis..
besar mana pun kesalahan kau. kau tetap anak mak. dalam hati fazura berkata "KALAULAH aku tak ikut faizal ke hotel hari tu perut aku tak besar macam ni"

kata seorang bapa..
"ni semua salah awak! yang awak marah dia beria2 tu buat apa??! tengok sekarang kan dah lari rumah budak tu. salah dia cuma pakai kereta awak je, pastu eksiden langgar warung, dan warung tersebut hanya mengalami kerugian 3 juta ringgit malaysia sahaja" tengking mak jah kepada suaminya. dalam hati si bapa "KALAULAH aku tak marah dia tadi"

kata seorang ibu..
"man janji mak, man tak buat lagi. tolong man mak! encik polis ni ganas mak. man tak nak masuk penjara mak" rayu man kepada ibunya selepas ditangkap atas kesalahan menjadi ketua bapak ayam di US. dalam hati si ibu "KALAULAH kecik2 dulu aku tak hantar man tu ke luar negara"

kata seorang mat rempit..
"encik , kedua-dua belah kaki dan tangan cik terpaksa kami potong. encik jangan nangis2 ya" kata seorang doktor kepada pesakitnya. dalam hati mat rempit "KALAULAH aku tak ngada2 tekan gear pakai tangan hari tu mesti keadaan tak teruk macam ni"

kata gua..
"KALAULAH mak gua ada pesbuk dengan yakin dan tanpa timbang rasanya gua delete account pesbuk gua sekarang"

jadi, janganlah rasa hampa atau terlalu kecewa sekiranya anda dilanda musibah. percayalah bahawa segala yang berlaku mesti ada hikmah yang telah ditetapkan olehNYA. yakinlah bahawa orang yang bersyukur itu adalah golongan yang sentiasa berada di sisiNYA dan yang paling penting adalah kesedaran..


gua suka satu ayat yang digabungkan dengan perkataan 'kalau' pada abad ini..
"KALAU ada jodoh kita kawen ya sayang!" kata junaidah kepada lim guang zhou.

No comments:

Post a Comment