Thursday, November 18, 2010

diari seorang penjual keropok lekor


jam menunjukkan 3 pagi. gua dah mula rasa tak sedap badan selepas main game bola kat komputer riba gua secara konsisten selama 2 jam. cilake punya game. gua syak yang create game ni ada baca2 ayat sikit sebab gua kalau setat main game ni macam kene rasuk. tak sedap hati betul.

perlahan-lahan gua melemah gemalaikan jari jemari gua mengarah penunjuk ke button 'start' untuk men'shut' down komputer riba gua jenama compaq berharga rm1800 dapat free pendrive 2G masa beli tahun lepas guna duit ptptn.

dalam masa 2 minit gua dapat buat pilihan tepat memilih mana satu bantal nak buat letak kepala dan mana satu bantal gua nak buat peluk. gua mula pejam mata. tidak. tidak semudah itu gua dapat tido. macam biasa, untuk peroleh tido yang lena gua membayangkan wajah lisa surihani. kenapa lisa surihani? sebab gua suka bila dia jadi pengacara rancangan "mari menari bersama abah anda" dan yang buat gua selalu teringat dekat lisa surihani apabila dia bercakap "untuk mengundi tekan butang 'RRR' " gempak seyyyh!

gua hampir terlena dalam dakapan poster gambar lisa surihani. tiba2.."dek, ingat! esok kau setat berniaga" mata gua terbeliak bulat. gua teringat kata2 mak gua petang tadi. cabaran besar bakal gua lalui setat hari esok. gua kene sungguh2 jalankan perniagaan gua demi mencapai impian yang bakal mak gua tunaikan. impian apa? mak gua ada pesan "kalau kau jadi berniaga dek, mak pasang wireless kat rumah kita. amacam?" gua memang kalah kalau mak gua cakap macam tu.

apa perniagaan yang cuba gua usahakan? restoran KFC? stesen minyak? kedai capal? bengkel kereta? pub? tidak. dengan modal yang sederhana gua buka gerai keropok lekor. tak lupa air bandung soda, pisang goreng, nugget tajaan ayamas. ada lagi. tapi gua rahsiakan.

dalam keadaan baring mengiring ke sebelah kiri gua masih membayangkan keadaan hari esok. dalam hati gua "agak2 ada ke pelanggan datang ke gerai gua?" hati gua yang lagi satu menyampuk "apa bende la lu ni, kalau tak ada pelanggan, lu sendiri la habiskan segala jadah yang lu jual tu!" gua menyampah jugak kadang2 bermain kata dengan hati.

jam enpon gua menunjukkan 4 pagi. terlalu lewat untuk tido bagi seorang pemuda berwawasan 2020 macam gua. jadi, gua ambek keputusan drastik menyambung bermain game bola. kan betul gua kata game ni ada 'isi' tengok gua dah kene rasuk. jahanam.

ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss..bangun pagi sedar2 gua tertekan butang huruf 'S'.

No comments:

Post a Comment