Friday, November 26, 2010

sedarkah anda?

ada air adalah ikan. air dicencang tak akan putus. air yang tenang jangan disangka tiada buaya. gua suka peribahasa yang menggunakan elemen2 air. pembuka kata entri kali ini sebenarnya tiada kena mengena dengan isinya.

semalam, selepas gua menunaikan kewajiban pada waktu subuh, gua ambil masa 10-15 minit muhasabah diri. dalam proses memuhasabahkan diri gua terjumpa satu ayat power yang gua rasa gua kena kongsi dengan lu orang semua. apa dia? "sedarkah anda?"

begini ceritanya..

"kah kah kah. kita kaya mari kita berlagak dengan menindas si miskin" kata dato' A kepada dato' L. SEDARKAH ANDA bahawa kesempurnaan kita tidak setanding dengan pencipta kita? jadi, mengapa perlu berbangga dengan pangkat, harta dan rupa?

azan isya' berkumandang jelas di telinga azman. dalam hati azman "lek lu, pas men snuker gua semayang ar" SEDARKAH ANDA bahawa hidup ini cuma sekali? jadi, mengapa kita sibuk mengejar duniawi sedangkan amal ibadah itu yang membawa kebahgiaan di akhirat nanti.

"sebagai ketua jurulatih futsal **** aku mengarahkan kau tamatkan riwayat lelaki itu sebab hari tu dia kurang ajar dengan aku masa dekat padang bola" SEDARKAH ANDA bahawa kuasa bukan segala-galanya? jadi, mengapa dengan kuasa yang tidak seberapa kita berani menjatuhkan bangsa kita sendiri gamaknya?

"ado ai! penat2 aku usaha, ini aje aku dapat?" kata razali selepas mendapat gaji bulanan RM 22, 576, 66 tidak termasuk elaun stanby. SEDARKAH ANDA bahawa kita istimewa? jadi, mengapa susah untuk kita bersyukur ketika kita peroleh nikmat dunia yang sementara?

cuba tikam perut anda dengan cangkul berkali-kali. gua yakin sekali dah memadai untuk kita bertemu ajal. melainkan anda ada saka. SEDARKAH ANDA bahawa mati itu pasti? ya. mati itu pasti.

*haritu ada budak tanya gua macam mana nak pakai kain pelekat. gambar atas tu menjelaskan segalanya

No comments:

Post a Comment